SHAH ALAM: Polis Selangor menumpaskan kegiatan pelacuran dengan penahanan 1,059 individu hasil serbuan sejak Januari lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, statistik tangkapan setakat November itu dilaksanakan hasil kejayaan 279 serbuan.
Menurutnya, jumlah tangkapan yang direkodkan terdiri daripada 41 lelaki dan 1,018 wanita terdiri daripada pelbagai warganegara termasuk tempatan.
“Siasatan mendapati suspek lelaki yang ditahan dipercayai berperanan sebagai pekerja premis, ejen atau runner manakala tangkapan wanita melibatkan gadis pelayan pelanggan (GRO), pelacur dan tukang urut.
“Polis percaya kegiatan ini sering dijalankan secara individu di hotel dan sering berpindah-randah bagi menyukarkan aktiviti itu dikesan.
"Mereka menggunakan media sosial seperti WeChat dan MiChat untuk mencari pelanggan.
“Kegiatan tidak bermoral di hotel dikesan apabila wanita terlibat akan menempah dalam tempoh tertentu selain pergerakan yang diuruskan oleh ejen sindiket,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian.
Arjunaidi berkata, mengenai jumlah bayaran ia bergantung kepada status wanita berkenaan.
Katanya, polis percaya ada pemilik hotel ini mengetahui kegiatan tidak bermoral itu namun ia ‘dibenarkan’ kerana memikirkan keuntungan bayaran bilik.
“Kita memandang serius kegiatan sebegini dan diingatkan pemilik premis untuk tidak bersekongkol dengan aktiviti haram ini,” tegasnya.
Dalam pada itu, Arjunaidi juga percaya terdapat kegiatan pelacuran ini yang berselindung di sebalik premis rumah urut dan pusat refleksologi.
“Kita juga kesan wanita warga asing yang datang ke Malaysia kononnya sebagai pelancong namun melakukan kerja tidak bermoral.
Sebagai contoh ada kes di mana wanita ini bergerak secara freelance di pusat hiburan untuk mencari pelanggan,” jelasnya.
Tegasnya, tindakan boleh dikenakan di bawah Seksyen 372 Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan selain Akta Imigresen 1959/63. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 30 2022
Polis Selangor menumpaskan kegiatan pelacuran dengan penahanan 1,059 individu hasil serbuan sejak Januari lalu. -Gambar hiasan
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
Sindiket 'Datuk Ken' tumpas susulan penahanan 15 individu termasuk ketua
Jalankan kegiatan haram antaranya perjudian dalam talian, pelombongan bitcoin dan peminjaman wang tanpa lesen (along) secara berperingkat sejak 2014.
Empat suspek ditembak mati merupakan geng samun bertopeng
Hasil semakan mendapati mereka adalah kumpulan samun bertopeng yang kita cari selama ini.